MOLPay Memperkenalkan Perkhidmatan Pembayaran Tanpa Meninggalkan Laman Penjual

MOLPay Memperkenalkan Perkhidmatan Pembayaran Tanpa Meninggalkan Laman Penjual

Diterbitkan pada Jan 16, 2014 oleh .

Sementara PayPal baru sahaja mengumumkan sokongan yang sama beberapa hari lepas dan akan diperkenalkan secara berperingkat, pihak MolPay pula dilihat bergerak selangkah kehadapan, dan telah pun membolehkan para penjual menggunakan fungsi “In-Page Payment”.

MOLPay In-Page

Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna membuat pembayaran pada sesuatu laman penjual, tanpa perlu ke laman MOLPay seperti sebelumnya. Menurut MOLPay, selain memudahkan pengguna, fungsi baru ini turut menawarkan pengalaman penggunaan yang baik kepada pengguna tanpa perlu ke laman lain seperti sebelumnya.

Untuk menggunakan fungsi baru ini, para pemilik kedai-atas-talian boleh menghubungi MOLPay hari ini, dan mengambil kelebihan penggunaannya pada laman masing-masing.


TIPS & ULASAN