Chrome Untuk Android Dikemaskini – Membawakan Sokongan Penjimatan Penggunaan Data

Chrome Untuk Android Dikemaskini – Membawakan Sokongan Penjimatan Penggunaan Data

Diterbitkan pada Jan 16, 2014 oleh .

Selain pengenalan kemaskini untuk pengguna desktop, pihak Google turut sama membawakan kemaskini untuk pelayar web Chrome pada Android dan iOS, dimana ia hadir dengan beberapa fungsi yang telah sedia diuji dalam bentuk beta sebelum ini.

Salah satu fungsi menarik yang hadir adalah sokongan untuk menjimatkan data ketika menggunakan Chrome untuk melayari web. Bagi pengguna pelayar web Opera, perkara ini mungkin bukan sesuatu yang baru. Google menjanjikan, ia boleh compress data sehingga 50% sekaligus menjimatkan penggunaan jalur-lebar ketika mengakses menggunakan talian mudah-alih mereka.

Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu ke halaman Settings > Bandwidth Management > Reduce Data Usage, dan mengaktifkan serta melihat penjimatan melaluinya.

Selain daripada itu, untuk pengguna Android pula, Chrome versi baru ini membolehkan pengguna menetapkan sesuatu laman web sebagai shortcut pada skrin utama, dan memudahkan ia diakses pada peranti mudah-alih.

Bagi pengguna Android dan iOS, anda boleh memuat-turun pelayar web Chrome hari ini secara percuma dari Google PlayStore dan Apple AppStore hari ini.

Muat-Turun Chrome untuk Android

Muat-Turun Chrome untuk iOS


TIPS & ULASAN