Carian
Google Menerbitkan Pemalam WordPress Pertama – Memfokuskan AdSense Dan WebMaster Tools
January 16, 2014 Aman

WordPress kini boleh dikatakan telah menjadi salah satu platform penerbitan web popular di dunia, dengan hampir 20% web menggunakannya. Perkara ini semestinya membuatkan pihak Google tidak ingin ketinggalan dalam menarik pengguna WordPress menggunakan produk mereka.

Google Publisher Plugin

Sebagai langkah pertama, hari ini Google menerbitkan sebuah pemalam baru untuk WordPress, dinamakan sebagai “Google Publisher Plugin”. Buat masa ini, ia masih dilabelkan sebagai beta, tetapi dari percubaan kami, ia berfungsi tanpa sebarang masalah.

Pemalam pertama ini dilihat memfokuskan kepada sokongan AdSense dan juga WebMaster Tools.

Untuk Webmaster Tools, pengguna boleh dengan hanya satu klik mengesahkan web mereka dan menambah ia kepada akaun Google pengguna.

Sementara untuk Google AdSense pula, ia membolehkan anda menghubungkan laman WordPress ke akaun AdSense, dan kemudian menambah iklan ke laman anda dengan mudah tanpa perlu membuat perubahan pada kod HTML web berkenaan. Perkara ini semestinya memudahkan pengguna biasa menambah iklan AdSense dengan pantas, dan pada masa yang sama menjana pendapatan tambahan melaluinya.

Bagi anda yang menggunakan WordPress, mungkin boleh menyemak dan memuat-turun pemalam Google Publisher Plugin ini hari ini.

Komen