U Mobile Mengemaskini Tawaran Pelan Prabayar Dan Pascabayar

U Mobile Mengemaskini Tawaran Pelan Prabayar Dan Pascabayar

Diterbitkan pada Jan 16, 2014 oleh .

U Mobile hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada tawaran pelan telekomunikasi mereka, disamping pada masa yang sama memperkenalkan dua pelan baru dibawah tawaran pascabayar mereka, dikenali sebagai Unlimited50 (UM50) dan juga Unlimited 80 (UM80).

U Mobile Postpaid 2014

Pelan baru ini adalah tambahan kepada pelan U28 sedia ada untuk pascabayar. Melalui UM50 dan juga UM80, kedua-duanya menawarkan panggilan tanpa had percuma kepada talian U Mobile yang lain, disamping turut hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Ia turut hadir dengan penggunaan internet percuma tanpa had, tetapi dengan kuota penggunaan 2GB untuk UM50 dan 3GB untuk UM80. Selepas habis menggunakan kuota berkenaan, kelajuan akan dikurangkan kepada 64kbps untuk penggunaanya.

Bagi mereka yang sering ke luar negara, kini anda turut boleh melanggan kepada akses roaming tanpa had pada kadar maksima RM30 sehari.

U Mobile Prepaid 2014

Selain kemaskini tawaran pascabayar, pihak U Mobile turut mengemaskini tawaran prabayar mereka, dimana kini ia turut hadir dengan panggilan tanpa had untuk nombor U Mobile, termasuk penggunaan internet (dengan kuota yang amat sikit). Seperti biasa, sekiranya ingin menggunakan data yang lebih, pengguna boleh melanggan kepada pakei UMI yang dikemaskini baru-baru ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan perubahan yang dibawakan pihak U Mobile ini?


TIPS & ULASAN