Cari @ Amanz

Sejak beberapa minggu lepas, pihak Sony telah mula memperkenalkan kemaskini Android 4.3 Jelly Bean untuk beberapa peranti mereka. Hari ini, melalui sebuah Tweet, mereka turut mengesahkan kemaskini sama akan hadir ke beberapa peranti lain.

Menurut Sony, kemaskini Android 4.3 Jelly Bean turut akan hadir untuk Xperia T, Xperia TX, Xperia V dan juga Xperia SP.

Menurut Sony, mereka sedang dalam persiapan akhir, dan kemaskini tersebut dijangka akan diperkenalkan sekitar penghujung Januari atau pada Februari kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd