Tiada Lagi Had Untuk Mendengar Muzik Pada Spotify Di Web Dan Desktop

Tiada Lagi Had Untuk Mendengar Muzik Pada Spotify Di Web Dan Desktop

Diterbitkan pada Jan 16, 2014 oleh .

Spotify telah memperkenalkan beberapa perubahan pada perkhidmatan mereka baru-baru ini, terutamanya memfokuskan kepada tawaran mendengar lagu secara percuma, bukan sahaja pada web, tetapi juga pada peranti mudah-alih.

Spotify Kini Di Malaysia

Hari ini, mereka turut membuang had yang diletakkan pada muzik yang boleh didengar oleh pengguna percuma melalui web atau desktop.

Sebelum ini, pengguna dikatakan hanya dihadkan untuk muzik percuma selama 2.5 jam untuk seminggu – dikenakan selepas enam bulan menggunakan perkhidmatan tersebut. Kini, dengan perubahan baru ini, tiada lagi had berkenaan dan pengguna boleh mendengar seberapa banyak lagu yang diinginkan mereka.

Untuk mereka yang tidak mengenali perkhidmatan Spotify, ia merupakan salah satu perkhidmatan muzik percuma, membolehkan pengguna mendengar dan membuat carian lagu kegemaran mereka menggunakannya. Kemudiannya, lagu tersebut distrim terus melalui internet, dan turut diperlihatkan dengan beberapa iklan untuk pengguna percuma.

Di Malaysia, Spotify telah dilancarkan pada tahun lepas. Beberapa perkhidmatan seumpamanya yang lain adalah termasuk Deezer dan juga Rdio.


TIPS & ULASAN