Google Memperkenalkan Projek Kanta Lekap Pintar

Google Memperkenalkan Projek Kanta Lekap Pintar

Diterbitkan pada Jan 17, 2014 oleh .

Google sedia mempunyai beberapa projek dibawah Google X, dan terkini, mereka mengumumkan projek baru mereka – sebuah kanta lekap pintar disasarkan untuk tujuan kesihatan.

Kanta lekap pintar ini dikatakan tidak memfokuskan kepada penglihatan, sebaliknya untuk mereka yang mengalami masalah diabetes dan sebagainya. Menggunakan kanta lekap tersebut, ia membolehkan pengguna memantau tahap glukosa mereka, sekaligus memudahkan pengguna mengetahui tahap gula mereka tanpa perlu melakukan ujian darah setiap hari.

Diabetes menjadi fokus utama, kerana ia merupakan salah satu penyakit yang dialami ramai pengguna seluruh dunia. Google sendiri mengatakan satu daripada 19 orang mengalami penyakit berkenaan di seluruh dunia.

Menggunakan kanta lekap berkenaan, ia menilai tahap glukosa berdasarkan kepada air mata. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan sensor yang diletakkan antara dua lapisan pada kanta mata lekap berkenaan.

Google mengatakan mereka masih lagi dalam proses pembangunan. Buat masa ini, mereka telah menguji beberapa prototaip dan kajian klinikal untuknya.


TIPS & ULASAN