Sony Membuka Pra-Daftar Untuk Xperia T2 Ultra

Sony Membuka Pra-Daftar Untuk Xperia T2 Ultra

Diterbitkan pada Jan 17, 2014 oleh .

Sony Mobile Malaysia kini dilihat turut sama telah membuka pra-dafar untuk Xperia T2 Ultra, salah satu phablet yang telah diumumkan mereka baru-baru ini.

Xperia T2 Ultra

Sebelum ini, pihak Sony turut telah membuka pra-daftar untuk Xperia Z1 Compact yang diperkenalkan pada CES 2014. Pengenalan pra-daftar untuk kedua-dua peranti ini sekaligus menandakan kedua-duanya akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Xperia T2 Ultra membawakan skrin bersaiz 6-inci TRILUMINOS, cip empat-teras 1.4GHz, kamera 13-megapixel, dan dilengkapi Android 4.3 Jelly Bean.

Untuk peranti Xperia E1, Sony Mobile Malaysia dilihat tidak menyediakan sebarang halaman pra-daftar, sekaligus memberikan idea yang mana ia mungkin tidak akan hadir atau mungkin akan mengambil sedikit masa lagi sebelum mula dijual di Malaysia.

Ia masih tidak diketahui bilakah tarikh rasmi Xperia T2 Ultra akan dijual untuk pasaran tempatan.

Layari : Halaman Pra-Daftar Xperia T2 Ultra


TIPS & ULASAN