Sony PS Vita TV Mula Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM469

Sony PS Vita TV Mula Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM469

Diterbitkan pada Jan 17, 2014 oleh .

Seperti dijanjikan sebelum ini, pihak Sony telah mula menawarkan PS Vita TV untuk pasaran Malaysia, dimana ia dijual pada harga RM469 untuk PS Vita TV sahaja, dan RM689 untuk tambahan alat kawalan DualShock 3.

PS Vita TV

PS Vita TV merupakan salah satu alat permainan bersaiz mini, boleh dihubungkan ke televisyen dan digunakan untuk memainkan permainan PS Vita pada kaca televisyen. Ia juga turut sama boleh digunakan untuk menghubungkan ia kepada PlayStation 4 dan memainkan permainan daripadanya. PS Vita TV turut menawarkan akses kepada kandungan seperti muzik, filem dan sebagainya menggunakannya

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya daripada pengedar rasmi Sony Malaysia seluruh negara.


TIPS & ULASAN