Cari @ Amanz

Seperti Twitter, Facebook turut menjadi salah satu medan untuk para pengguna berkongsi pelbagai perkara mengenai sesuatu topik semasa. Kini, dalam usaha memudahkan pengguna menemui topik terhangat sekitar mereka, mereka memperkenalkan sebuah fungsi baru dinamakan “Trending”.

Facebook Trending

Daripada paparan skrin yang dikongsikan, ia dilihatkan pada bahagian kanan laman, bersebelahan dengan News Feed. Melaluinya, pengguna turut boleh klik pautan topik berkenaan, dan melihat apakah yang dibincangkan oleh pengguna seluruh dunia mengenainya.

Buat masa ini, fungsi tersebut hanya diperkenalkan kepada pengguna di Amerika Syarikat, UK, India dan juga Australia sahaja. Ia mungkin akan diperluaskan secara berperingkat kepada pengguna di negara-negara lain tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd