CyanogenMod Installer Diperkenalkan Untuk Pengguna Mac OS X

CyanogenMod Installer Diperkenalkan Untuk Pengguna Mac OS X

Diterbitkan pada Jan 17, 2014 oleh .

CyanogenMod pada tahun lepas telah memulakan projek untuk memudahkan pemasangan ROM mereka pada peranti Android. Ketika itu, ia hanya menyokong pengguna Windows sahaja, dan hari ini ia turut diperluaskan kepada pengguna Mac OS X.

CM Installer OS X

Pemasangan CyanogenMod ini membolehkan pengguna beberapa peranti Android utama seperti HTC One, Galaxy S4, Galaxy S2 dan sebagainya untuk menghubungkan ia kepada komputer, dan seterusnya memasang CyanogenMod hanya dengan satu klik.

Bagi anda yang menggunakan OS X dan ingin memasang CyanogenMod pada peranti, mungkin boleh mencubanya hari ini. Apa pun, pastikan anda membuat salinan pendua untuk peranti anda, memandangkan ia akan memadam semua data anda pada peranti sebelum memasangnya.


TIPS & ULASAN