HTC Dilaporkan Akan Memperkenalkan Generasi Baru HTC One Pada Bulan Mac

HTC Dilaporkan Akan Memperkenalkan Generasi Baru HTC One Pada Bulan Mac

Diterbitkan pada Jan 17, 2014 oleh .

HTC One merupakan antara telefon pintar berasaskan Android yang terbaik pada tahun 2013. Dengan hadirnya tahun 2014, semestinya ramai peminat HTC mahupun platform Android menantikan kemaskini generasi baru untuk peranti HTC One.

Menurut Bloomberg, HTC merancang untuk pelancaran telefon pintar baru mereka itu pada bulan Mac. Ia dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan Snapdragon terkini, dan hadir dengan skrin bersaiz 5-inci.

Rekabentuknya dikatakan akan berubah sedikit berbanding versi tahun lepas.

Untuk bahagian kamera pula, HTC dikatakan akan menggunakan dwi-sensor – yang mana akan memberikan fokus dan kualiti imej yang lebih baik.

Sebelum ini, ia turut dikatakan HTC One generasi baru ini akan turut menggunakan versi HTC Sense baru.


TIPS & ULASAN