Cari @ Amanz

PathPembangun Path telah sedia mengatakan bakal menawarkan aplikasi mereka untuk pengguna Windows Phone. Kini, mereka telah menerbitkan aplikasi mereka dalam bentuk beta untuk pengguna Windows Phone, dan sedia untuk digunakan ramai sekarang.

Path merupakan salah satu perkhidmatan sosial, yang mana memberikan lebih privasi, dimana memberikan kawalan sepenuhnya untuk apa yang anda kongsikan, dan dengan siapa anda kongsikan sesuatu perkara.

Menggunakan aplikasi ini, anda boleh melihat jurnal kehidupan anda (berdasarkan perkongsian), menerbitkan di beberapa perkhidmatan pada masa yang sama seperti Facebook, Twitter, dan Tumblr, dan beberapa fungsi yang lain.

Path Windows Phone

Memandangkan ia masih pada peringkat beta, maka mungkin beberapa fungsi yang ada pada platform lain masih belum hadir pada aplikasi ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd