Cari @ Amanz

Ingatkah lagi anda dengan 10 animasi tempatan yang telah dipertontonkan pada Asian Summit Animation 2012 lepas? Rimba Racer merupakan salah satu daripadanya yang turut memenangi IPCC Animation Super Pitch 2011/2012. Kini, selang dua tahun daripadanya, ia dilihat mereka dalam persiapan akhir untuk ditayangkan kepada umum.

Animasi Rimba Racer ini dibangunkan oleh salah satu syarikat tempatan, dinamakan sebagai Glue Studios. Untuk makluman, ia telah ditubuhkan pada tahun 2010 yang lepas, dan kini dalam proses produksi untuk siri animasi mereka yang pertama.

Rimba Racer dilihat memfokuskan kepada jalan cerita perlumbaan kereta. Ia mengumpulkan pelbagai watak-watak binatang, dan mengisahkan mengenai kejohanan perlumbaan yang dinamakan sebagai “Rimba Racer”. Watak utama cerita berkenaan, Tag dilihat sebagai orang baru dalam industri berkenaan, dan berusaha untuk mengalahkan pelbagai pelumba lain dalam memenangi kejohanan tersebut.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Glue Studios kepada kami, siri animasi TV ini dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun 2014 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd