Cari @ Amanz

Sejak tahun lepas, pihak pembangun WordPress telah memperlajukan proses pembangunan mereka, dan untuk tahun 2014 ini, mereka menyasarkan untuk hadir dengan tiga versi WordPress, iaitu 3.9, 4.0 dan juga 4.1.

Kini dalam pembangunan adalah WordPress 3.9, dimana ia disasarkan untuk pelancaran pada bulan April 2014 ini.

Fungsi baru yang akan disertakan pada WordPress 3.9 masih dalam perbincangan buat masa ini. Antara yang diperkatakan adalah termasuk perhatian pada sokongan audio dan juga video.

Selain daripada itu, bahagian widget pada tema juga dilihat akan diberikan perhatian memberikan pengguna paparan masa-nyata berkenaan bagaimanakah widget mereka akan kelihatan pada laman sebenar. Widget Customizer dilihat sebagai salah satu calon yang akan tersedia untuk WordPress 3.9 kelak.

Mungkin dalam minggu-minggu akan datang, kita akan dapat mendengar lebih banyak perkembangan dalam pembangunan WordPress 3.9.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd