Cari @ Amanz

Bagi pengguna desktop yang banyak menggunakan GMail dan juga Google Calendar, mungkin anda sedia menggunakan Notifier yang menawarkan sokongan notifikasi pada desktop. Namun, agak mendukacitakan kerana ia dilihat pihak Google telah menamatkan sokongan untuknya sejak beberapa hari yang lepas.

Perkara ini mungkin kerana kini Google Chrome sedia menawarkan notifikasi desktop, sekaligus memudahkan lagi pembangunan untuknya oleh pihak Google.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang masih menginginkan sokongan seumpama Notifier, mungkin boleh mencuba beberapa perisian daripada pihak ketiga, termasuk salah satunya adalah GMail Notifier Pro.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd