Cari @ Amanz

Terdahulu minggu lepas kami telah menerangkan apa itu sistem storan NAS yang sedikit sebanyak memberikan pendedahan kepada anda berkenaan sistem yang menyediakan perkhidmatan buat penyimpanan serta perkongsian fail anda didalam sesuatu rangkaian. Pada minggu ini kami akan berkongsi perkara asas untuk mewujudkan sistem NAS anda sendiri.

Perlu diingatkan, untuk memastikan sistem anda berfungsi dengan baik, sistem NAS memerlukan anda untuk menggunakan pemacu cakera keras yang bersesuaian, iaitu WD Red dan juga WD Se. Sekiranya anda menggunakan pemacu cakera keras berlainan sebagai contoh WD Blue yang dikhususkan untuk pengguna komputer tahap asas, berkemungkinan cakera keras itu tidak boleh berfungsi untuk menyimpan data anda didalam sistem NAS. Pemacu cakera keras tertentu yang patuh format NAS mempunyai format serta optimasinya yang tersendiri, membezakannya dengan pemacu cakera keras biasa.

WD Red

Untuk makluman, pemacu cakera keras WD Red didatangkan pada dua saiz, iaitu pada saiz sebesar 3.5 inci dan juga 2.5 inci. Untuk saiz 2.5 inci, dua kapasiti tersedia iaitu 750GB dan juga 1TB. Untuk saiz 3.5 inci, terdapat empat kapasiti tersedia iaitu 1TB, 2TB, 3TB dan 4TB. Pemilihan saiz WD Red bergantung kepada peranti NAS yang anda pilih, dan ia didatangkan dalam banyak variasi. Meskipun dengan variasi yang berbeza, kesemuanya turut disertakan dengan teknologi NASware 2.0 yang pernah kami tulis sebelum ini.

[youtube http://youtu.be/bjVVM7j4ZpI]

Peranti NAS Yang Mana? 

Oleh kerana sistem NAS bukanlah peranti storan thumbdrive yang murah, perlu wujud perancangan untuk memastikan pelaburan untuk sistem NAS ini. Antara faktor yang perlu difikirkan adalah.

  • Kapasiti storan anda sendiri. Adakah anda seorang yang banyak menangkap gambar dan merakam video? Serta ingin menyimpan fail tersebut untuk jangka masa lama?
  • Sekiranya sistem NAS ini untuk kegunaan syarikat, berapa besarkah kapasiti untuk setiap pekerja, atau untuk setiap fail?
  • Sekiranya sistem NAS anda untuk tujuan pengeditan video, maka berapa lajukah peranti NAS tersebut untuk penghantaran dan penerimaan data?
  • Sekiranya anda seorang yang senantiasa bekerja di mana sahaja, adakah sistem NAS yang diinginkan anda menyokong akses secara masa-nyata untuk fail yang tersimpan?
  • Adakah sistem NAS yang diinginkan anda akan membuat duplikasi RAID secara automatik?
  • Adakah sistem NAS tersebut mempunyai banyak aplikasi tersedia? Seperti contoh antaranya yang memudahkan anda mengawal akses pengguna NAS lain.
  • Adakah sistem NAS tersebut boleh ditambah kapasitinya pada kemudian hari ?

Sekiranya anda seorang pengguna peribadi tanpa banyak foto dan video, berkemungkinan sistem NAS sebesar 2TB mencukupi. Sekiranya anda menguruskan syarikat kecil dengan 5 pekerja, mungkin 4TB mencukupi. Sekiranya anda syarikat produksi kecil, mungkin sistem NAS pilihan anda adalah yang boleh dinaiktaraf dan berapa bilangan ‘bay‘ perlu dititikberatkan. Sekiranya anda seorang yang selalu bekerja merata-rata, maka sistem NAS dengan kebolehan akses masa-nyata sudah tentu menjadi pilihan utama.

Terdapat banyak variasi sistem NAS yang tersedia di pasaran. Setelah menimbangtara perkara diatas, antara jenama yang sesuai digunakan dengan WD Red adalah Asustor, Synology, D-Link, QNAP, Drobo, Promise, Fujitsu dan sebagainya. Setiap satunya juga mempunyai variasi yang berlainan. Antara variasi termasuklah bilangan ‘bay‘ yang boleh digunakan serta perisian tersedia.


Menangi iPad Mini tajaan Western Digital

 

 

Terma & Syarat

  1. Daftar diri anda untuk menyertai peraduan ini sama-ada melalui emel atau Facebook Connect melalui komponen diatas.
  2. Ikuti langkah-langkah yang disediakan pada ruangan atas. Setiap perkara yang dilakukan akan mendapat satu peluang cabutan. Pengguna boleh meluaskan peluang menang dengan mengajak rakan menyertai menggunakan pautan unik untuk anda
  3. Peraduan ini akan tamat pada 28 Januari 2014 pada pukul 2359.
  4. Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan rawak dan jawapan soalan yang diberikan. Sekiranya peserta cabutan pertama tidak menjawab soalan dengan tepat, cabutan kedua dan seterusnya akan dipilih sehingga kami menemui mereka yang menjawab soalan dengan tepat. Hanya satu pemenang akan memenangi cabutan ini.
  5. Keputusan adalah muktamad.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd