Huawei Menjadi Rakan Telefon Pintar Rasmi Pasukan Bola Sepak Arsenal

Huawei Menjadi Rakan Telefon Pintar Rasmi Pasukan Bola Sepak Arsenal

Diterbitkan pada Jan 20, 2014 oleh .

Huawei dan pasukan bola sepak Arsenal FC hari ini mengumumkan kerjasama, dimana ia akan melihat pihak Huawei menjadi rakan telefon pintar rasmi untuk kelab sukan tersebut.

Kerjasama ini akan ditanda-tangani oleh Huawei bersama Arsenal sehingga penghujung musim 2015/16.

Melalui kerjasama ini, kita akan dapat melihat para pemain Arsenal FC mengambil bahagian dalam aktiviti promosi produk Huawei, sementara Huawei pula akan menerima kandungan eksklusif dari Arsenal, serta promosi jenama ketika perlawanan Arsenal.

Jadi, sekiranya anda penyokong pasukan Arsenal, adakah kerjasama ini akan mendorong anda untuk membeli peranti Huawei selepas ini?


TIPS & ULASAN