InstaB 2.0 Untuk iPhone Sedia Dimuat-Turun – Membawakan Antaramuka Baru

InstaB 2.0 Untuk iPhone Sedia Dimuat-Turun – Membawakan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Jan 20, 2014 oleh .

Seperti dijanjikan, pembangun InstaB telah pun menerbitkan aplikasi versi baru mereka di AppStore, dimana bersama-sama dengannya ia membawakan penggunaan logo baru yang lebih minimalis, dan pada masa yang sama membawakan antaramuka selari dengan rekabentuk iOS7.

InstaB 2.0

Bagi yang tidak mengenali InstaB, ia merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan pembangun tempatan, membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar anak mereka dan menambah beberapa info pada gambar seperti tarikh, umur dan sebagainya.

InstaB 2.0 turut menyertakan beberapa sokongan baru selain daripada hanya rekabentuk, dimana ia kini menjadikan InstaB lebih sosial, disamping pada masa yang sama memudahkan pengguna melihat garis masa anak mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun InstaB 2.0 untuk iPhone hari ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah versi Android akan menerima kemaskini yang sama.

Muat-Turun InstaB untuk iPhone

Muat-Turun InstaB untuk Android


TIPS & ULASAN