Kim Dotcom Memperlihatkan Perkhidmatan Penstriman Muzik – Baboom

Kim Dotcom Memperlihatkan Perkhidmatan Penstriman Muzik – Baboom

Diterbitkan pada Jan 20, 2014 oleh .

Kim Dotcom pada tahun lepas telah memperkenalkan perkhidmatan storan awan mereka, dinamakan sebagai Mega. Kini, selang setahun daripadanya, pengasasnya turut memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru memfokuskan kepada penstriman muzik, dikenali dengan nama Baboom.

Baboom

Perkhidmatan Baboom ini dikatakan sebagai gabungan kepada perkhidmatan Spotify dan juga iTunes dalam satu. Melaluinya, ia membolehkan pengguna mengikuti artis kegemaran mereka melalui sebuah halaman khas, termasuk memuat-turun kandungan atau mendengar muzik melaluinya.

Menariknya, perkhidmatan Baboom ini juga dilihat akan mendekatkan lagi peminat dengan penerbit lagu dan artis. Daripada kempen yang disediakan oleh Kim Dotcom, hadiah ganjaran sehingga $5000 disediakan untuk remix lagu, sementara hadiah sehingga $10,000 disediakan untuk muzik video terbaik daripada peminat. Sekiranya perkara ini diimplementasikan oleh pelbagai penyanyi dan artis lain melalui platform tersebut, tidak mustahil untuk kita lihat lebih ramai peminat menggunakannya disamping membawa kepada budaya penghasilan kreatif oleh orang ramai.

Baboom

Baboom

Buat masa ini, perkhidmatan Baboom ini masih lagi mempunyai akses yang terhad. Tapi bagi mereka yang berminat boleh melihat demo untuk halaman Kim Dotcom sendiri dan melihat bagaimanakah ia akan berfungsi secara keseluruhan.

Layari : Baboom


TIPS & ULASAN