Cari @ Amanz

Pembangun pemain video VLC hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi iOS mereka, dimana ia menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk kemaskini dari segi antaramuka – selari dengan rekabentuk iOS7 yang diperkenalkan Apple baru-baru ini.

VLC iPhon

Pada masa yang sama, VLC 2.2 untuk iOS ini turut menyertakan fungsi multi-touch gesture, disamping mengintegrasikan sokongan penstriman melalui GDrive dan Dropbox. Protokol dan format penstriman baru turut ditambah pada kemaskini pemain media VLC untuk iOS ini.

Bagi pengguna iPhone atau iPad, anda boleh memuat-turun pemain media ini secara percuma daripada AppStore hari ini, dan menggunakannya dalam memainkan fail-fail media anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd