Pada Mobile World Congress 2014 yang akan diadakan pada penghujung Februari kelak, salah satu peranti baru yang dijangka akan diperkenalkan adalah kemaskini kepada Xperia Z1, dikenali dengan nama kod “Sirius”. Ia bakal dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat, dan kini beberapa fungsi baru yang akan hadir turut diperlihatkan.
Dwi-Tap Untuk Aktifkan Skrin
Salah satu fungsi yang popular pada Meego dan turut diperkenalkan pada Nokia Lumia baru-baru ini. Pengguna boleh mengaktifkan skrin mereka yang terpadam dengan hanya tap dua kali pada skrin, dan ia akan aktifkan skrin untuk pengguna menggunakannya. Fungsi ini sedia dibawakan pada Xperia Tablet Z, dan kini dilihat turut dibawakan ke telefon pintar Sony.
Rakaman Video 4K
Sokongan rakaman video dalam 4K dilihat turut disertakan pada peranti Sony yang baru ini. Fungsi ini sedia dikatakan akan hadir pada Xperia Z1 yang lepas, tetapi dilihat Sony tidak bersedia ketika itu, dan kini ia akan diperkenalkan melalui “Sirius”.
Dialler Dengan Sokongan Mesin Penjawab Automatik
Mungkin anda tidak lagi perlukan Voicemail, memandangkan peranti Xperia “Sirius” ini akan turut hadir dengan fungsi mesin penjawab panggilan automatik.
Daripada apa yang dilihat, pengguna boleh menetapkan ucapan dan mesej, dan menetapkan apa yang akan dibaca. Daripada apa yang dilihat, panggilan boleh ditetapkan untuk dijawab selepas beberapa saat suara mesin dimainkan.
Lain-Lain
Antara perkara lain yang turut dilihat disertakan pada Xperia “Sirius” melalui Android KitKat ini adalah termasuk dua paparan antaramuka, iaitu Simple Home dan juga Xperia Home.
Xperia Home merupakan paparan seperti biasa, sementara Simple Home adalah lebih ditujukan kepada pengguna baru dan berusia dalam memudahkan mereka menggunakan peranti mereka. Paparan tulisan turut dibesarkan apabila menggunakan Simple Home.
Aplikasi baru dinamakan “Whats New” turut dilihat disertakan, yang mana boleh diakses dengan swipe ke atas – sepertimana digunakan ketika mengakses Google Now.
Beberapa yang lain termasuk akses ke Quick Settings pada menu notifikasi, aplikasi Touch Block dan juga aplikasi Garmin Navigon.
Peranti Xperia “Sirius” juga dilihat akan memfokuskan kepada sokongan audio, dan akan hadir dengan speaker stereo dan juga enjin S-Force.
Dengan pelbagai perkongsian ini, semestinya ramai peminat Sony yang tidak sabar menantikan telefon pintar baru daripada mereka. Pada masa yang sama, kami sendiri tidak sabar menantikan kemaskini Android KitKat untuk peranti Xperia kami.