Permainan Asphalt 8 : Airborne Kini Percuma Untuk Windows Phone Dan Windows 8

Permainan Asphalt 8 : Airborne Kini Percuma Untuk Windows Phone Dan Windows 8

Diterbitkan pada Jan 21, 2014 oleh .

Permainan perlumbaan popular daripada Gameloft, iaitu Asphalt 8 telah pun ditawarkan secara percuma untuk Android dan iOS sebelum ini. Hari ini, Gameloft turut memperluaskan tawaran percuma mereka untuk pengguna Windows 8 dan juga Windows Phone.

Permainan perlumbaan kereta ini membawakan kebolehan untuk memilih pelbagai kereta menarik untuk dimainkan pada beberapa lokasi berbeza yang disertakan pada permainan berkenaan. Seperti biasa, grafik permainan tersebut dinaik-taraf berbanding versi Asphalt 7 sebelum ini.

Untuk pengguna Windows Phone, anda boleh memuat-turunnya secara percuma daripada peranti anda, sementara untuk pengguna Windows 8, ia dilihat hanya ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, dan mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ia diperkenalkan untuk pengguna tempatan.

Muat-Turun Asphalt 8 untuk Windows Phone

Muat-Turun Asphalt 8 untuk Windows 8


TIPS & ULASAN