Cari @ Amanz

Pear OS merupakan salah satu sistem operasi berasaskan Linux, dimana ia membawakan antaramuka seumpama Mac OS X dan juga iOS. Baru-baru ini mereka telah memperkenalkan Pear OS 8 dan selang beberapa bulan, kini projek tersebut telah dihentikan.

PearOS Tablet

Menurut pembangunnya, sebuah syarikat besar telah mengambil-alih projek berkenaan untuk digunakan pada produk mereka. Nama syarikat berkenaan tidak dinyatakan oleh Pear OS buat masa ini.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, beberapa pengguna telah pun mula menawarkan pautan muat-turun untuk sistem operasi tersebut secara berasingan, disamping beberapa yang lain merancang untuk fork sistem operasi tersebut.

Ketika pengenalan Pear OS 8 tempoh hari, salah satu perkara yang turut menarik perhatian ramai adalah sistem operasi mereka untuk tablet. Walaubagaimanapun, pengumpulan dana untuk projek tersebut melalui IndieGogo dilihat gagal untuk mencapai sasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd