Cari @ Amanz

Lumia 625 BlackSelain daripada peranti Lumia 920, hari ini dua lagi peranti daripada Nokia turut menerima kemaskini sama, iaitu Lumia 625 dan juga Lumia 820.

Daripada kemaskini Lumia Black ini, ia akan menyertakan beberapa fungsi tambahan termasuk kebolehan untuk mematikan aplikasi ketika multi-tasking, Driving Mode, AppFolder, Nokia Camera dan sebagainya.

Sementara Nokia Lumia 820 akan menerima pelbagai fungsi yang turut ditawarkan untuk Lumia 920, peranti Lumia 625 pula hanya akan menerima sesetengah sahaja, dan fungsi seperti Nokia Beamer dan Glance Screen baru dilihat tidak disokong olehnya.

Bagi anda yang menggunakan kedua-dua peranti ini, boleh menyemak kemaskini Lumia Black dengan ke halaman Settings > Phone Update hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd