Motorola Moto G Mula Dijual Di Malaysia Bermula Hari Ini

Motorola Moto G Mula Dijual Di Malaysia Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada Jan 21, 2014 oleh .

Brightstar Malaysia, melalui para pengedar rasmi mereka di seluruh negara telah mula menjual telefon pintar Motorola terbaru di pasaran Malaysia, iaitu Motorola Moto G.

Motorola Moto G dilihat menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna seluruh negara, terutamanya untuk apa yang ditawarkan Motorola pada harga rendah melalui Moto G.

Berbeza dengan set-set antarabangsa, untuk Moto G versi tempatan, ia dilihat turut hadir dengan pengecas dan juga membawakan sokongan dwi-SIM untuknya.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 4.5-inci TFT LCD, cip pemprosesan Snapdragon 400, bateri berkapasiti 2070mAh dan juga kamera belakang 5-megapixel. Ia hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean, dan kemaskini Kitkat dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh pihak Motorola mengikut negara.

Beberapa perkara tambahan turut ditawarkan Motorola melalui Moto G, termasuk aplikasi Moto Assists, dan juga ruangan percuma sebanyak 50GB melalui Google Drive.

Di Malaysia, Motorola Moto G membawakan tanda harga RM698 untuk 8GB dan juga RM798 untuk 16GB. Setiap pembelian dilihat akan hadir dengan pelindung skrin dan juga Motorola Shell secara percuma.

Baca : Pandang Pertama Moto G


TIPS & ULASAN