Cari @ Amanz

Bagi yang gemarkan audio berkualiti tinggi, Sennheiser semestinya satu jenama yang dikenali anda, dimana mereka menyediakan pelbagai produk memfokuskan audio kepada pengguna. Terkini, bersempena dengan pembukaan kedai baru mereka di Bangsar Shopping Centre, Sennheiser Asia turut melancarkan produk headphone mereka, iaitu Sennheiser Momentum yang hadir dalam dua variasi.

Sennheiser Momentum On-Ear

Sennheiser Momentum On-Ear

Sennheiser Momentum On-Ear merupakan headphone yang hadir dengan rekaan rangka aluminium dan kemasan fabrik yang dipanggil Alcantara pada cekak kepala serta pad telinga. Berdasarkan percubaan pada tempoh singkat, fabriknya amat lembut dan selesa dan sesuai buat mereka yang memakainya untuk jangka-masa lama. Kualiti bunyinya juga jelas dan remote pada headphone yang disediakan juga boleh berfungsi dengan telefon pintar untuk mengawal lagu, tahap bunyi, serta membuat kawalan suara untuk Siri pada iPhone 5.

Sennheiser Momentum On-Ear

Sennheiser Momentum On-Ear

Headphone ini didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun dan dengan pilihan warna merah jambu, biru, hijau, ivory, merah, coklat dan juga hitam. Sebuah bekas khas untuk membawa headphone ini turut ditawarkan bersama-sama dengan pembelian ini. Membezakan Momentum On-Ear dan Momentum (tanpa On-Ear) adalah perbezaan dari segi fabrik dan juga, saiz corong telinga. Headphone ini dijual pada harga RM 829 di Malaysia.

Sennheiser Momentum

Sennheiser Momentum

Sennheiser Momentum

Headphone Momentum ini pula meskipun tampak sama dengan variasi On-Ear (mempunyai rangka aluminium) – membezakannya ia membawakan kemasan kulit untuk cekak kepala, sekaligus mampu menahan lembapan peluh serta dikatakan kalis air. Pad telinganya juga dikemaskan dengan material kulit lembut. Corong telinganya pula lebih besar dan boleh menutup keseluruhan telinga anda untuk memastikan tiada bunyi luar menggangu bunyi audio yang ada sedang dengarkan.

Sennheiser Momentum

Satu lagi perbezaan ketara adalah pada jack penyambungan headphone ini kepada soket headphone yang boleh dipusingkan. Mungkin ini bukanlah satu keperluan yang penting tetapi ini sedikit sebanyak mengurangkan tekanan serta rintangan terhadap hujung jack tersebut. Momentum ini dijual pada harga RM 1429 dan didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun. Sennheiser Momentum ini pula ditawarkan dalam pilihan warna hitam, coklat, dan ivory.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd