Antaramuka iOS In The Car Tertiris Ke Arena Web

Antaramuka iOS In The Car Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Jan 22, 2014 oleh .

Antaramuka sistem iOS in the Car (iOSitC) tertiris ke arena web semalam dan ia menunjukkan beberapa perbezaan dari antarmuka asal yang diperlihatkan pada WWDC Jun lalu. Perbezaan ketara yang dilihat ialah palang notifikasi diubah dari bahagian bawah skrin ke bahagian kiri. Turut kelihatan ialah sistem penanda lokasi dan amaran sebelum aplikasi digunakan.

Kepada yang kurang arif sistem iOSitC ialah sistem yang dibina oleh Apple yang serasi digunakan dengan sistem skrin sesentuh terbina beberapa pengeluar kenderaan. Sistem ini membolehkan anda menerima panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas, iTunes dan Siri Eyes Free.  Fungsi iOSItC dikhabarkan bakal muncul di dalam iOS 7.1 yang kini masih lagi di peringkat Beta.

Buat masa ini beberapa pengeluar kereta menunjukkan minat untuk melakukan integrasi IOSItC ke dalam sistem kenderaan mereka. Sungguhpun begitu setakat ini hanya Honda menunjukkan beberapa prototaip awal pada model Accord dan ILX mereka. Itupun hanya untuk model yang dijual di Amerika  Syarikat dan Kanada. Adakah anda mahu integrasi IOSitC di dalam kenderaan milik anda di masa hadapan?

iositc

ios-in-the-car-map


TIPS & ULASAN