Immersion : Set Biometrik Bagi Mengawal Kemarahan Ketika Bermain Permainan Video

Immersion : Set Biometrik Bagi Mengawal Kemarahan Ketika Bermain Permainan Video

Diterbitkan pada Jan 22, 2014 oleh .

Ketika bermain permainan video perkara yang kami jarang lakukan ialah bermain secara atas talian. Kami boleh dikategorikan sebagai individu yang mempunyai masalah sukar mengawal kemarahan apabila kalah. Pernah suatu hari di kolej kami mematahkan alat kawalan dan beberapa papan kekunci kerana kerap kalah bermain permainan Wolfenstein Enemy Territory.

Masalah kemarahan ini juga dikenali sebagai gamer rage oleh pengkaji psikologi.  Ianya tidak lagi dipandang rendah kerana sudah terdapat beberapa kes yang melibatkan kematian apabila kemarahan di atas talian terbawa-bawa ke dunia sebenar. Di China sebagai contoh ada kes pemain DotA ditikam sehingga mati oleh pihak lawan yang tidak berpuas hati. Di Malaysia September lalu seorang bapa menghempas anak berusia 6 tahun juga akibat permainan atas talian

Immersion ialah set biometrik yang dipakai pada bahagian kepala bagi melatih pemain permainan video untuk mengawal kemarahan mereka. Pereka Immersion, Sam Matson berkata alat ini berfungsi dengan membaca tahap degupan jantung pemakainya. Pengesan alat jantung membaca aliran darah yang mengalir pada cuping telinga. Apabila ia mengesan pemakai sedang marah ia akan menaikkan kesukaran permainan yang sedang dimainkan. Secara teorinya jika anda mampu mengawal kemarahan permainan akan menjadi lebih mudah. Sam mendapat idea untuk mereka set kepala ini setelah melihat adik beliau yang kerap mengamuk ketika bermain Call of Duty. Prestasi permainan si adik menurun berkadar terus dengan tahap kemarahan beliau. Hanya selepas beliau bertenang prestasi permainan beliau kembali normal.

Sam berharap teknologi Immersion boleh digunakan sekali dengan set kepala Oculus Rift di masa hadapan bagi memberikan pengalaman permainan video yang lebih mengasyikkan. Teknologi ini juga menurut beliau boleh digunakan pada mereka yang mengambil ujian lesen kereta bagi melihat tahap tekanan mereka ketika memandu.

sam-matson-immersionsam-matson-immersion-1Sumber Sam Matson

 


TIPS & ULASAN