Cari @ Amanz

Pada platform Windows Phone, salah satu perkhidmatan storan awan yang disediakan adalah SkyDrive daripada Microsoft. Namun, ia terhad kepada 7GB untuk pengguna akan baru.

Menariknya, untuk tempoh terhad, pihak Nokia kini menawarkan ruangan percuma sehingga 20GB pada SkyDrive untuk tempoh setahun sekiranya pengguna membeli peranti Lumia baru. Tawaran ini dilihat khusus untuk pembelian Lumia 1020, Lumia 925, Lumia 625, Lumia 1520, dan juga Lumia 1320 sejak 10 Januari 2014 lepas sehingga 31 Januari ini.

Sebaik sahaja membelinya, pengguna boleh ke halaman khas yang disediakan dalam mendapatkan ruangan percuma mereka, dan pihak Nokia akan menghantar sebuah kod khas sebelum 28 Februari ini.

Penawaran ruangan percuma pada storan awan bukanlah sesuatu yang baru, dimana pelbagai pengeluar sedia menawarkannya, termasuk Samsung dengan Dropbox, dan juga HTC dengan Google Drive.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd