Mungkinkah kelak kita akan dapat melihat peranti bersaiz phablet turut digunakan sebagai tablet? Nampaknya itulah yang difikirkan oleh Sony, dimana hari ini mereka memperkenalkan Xperia Z Ultra dengan hanya sokongan WiFi sahaja.
Dari segi spesifikasi lain, ia mengekalkan apa yang dibawakan oleh Xperia Z Ultra sebelum ini, termasuk skrin bersaiz 6.4-inci, cip Snapdragon 800, memori 2GB RAM dan kamera belakang 8-megapixel.
Bagi kami, pada saiz melangkaui 6-inci, ia boleh dikatakan sebagai salah satu peranti yang menawarkan keselesaan untuk pengguna sekiranya ingin menggunakan ia dalam mengikuti bahan bacaan ataupun mengikuti media seperti permainan dan video.
Sony dilihat hanya menawarkan peranti versi WiFi ini khusus untuk pasaran Jepun sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan ke pasaran antarabangsa.
Jadi, bagi anda adakah anda akan mendapatkan “tablet bersaiz 6.4-inci” ini atau selesa dengan tablet bersaiz 7-inci atau 8-inci yang digunakan ramai hari ini?
- Baca : Ulasan Xperia Z Ultra