Carian
Menteri Meminta Syarikat Telekomunikasi Mengurangkan Caj Panggilan Dan SMS
January 22, 2014 Aman

Menteri Telekomunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek kini dilihat meminta syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan caj dan kos penggunaan telefon, terutamanya yang berkaitan dengan panggilan dan juga permesejan (SMS).

Menurut menteri tersebut, syarikat telekomunikasi perlu mengurangkan caj dan kos penggunaan untuk para pengguna di Malaysia, apatah lagi dengan keuntungan besar yang sering dijana mereka.

Akhir-akhir ini kita dapat lihat lebih banyak syarikat mula menawarkan pakej penggunaan internet pada harga lebih rendah, tetapi kos untuk penggunaan panggilan telefon dan SMS masih kekal seperti sebelumnya.

Mungkinkah kita akan dapat melihat pengurangan kos panggilan, ataupun mungkin juga syarikat telekomunikasi menawarkan beberapa kaedah alternatif seperti penggunaan aplikasi permesejan percuma (U Mobile), atau menyediakan aplikasi permesejan tersendiri (Maxis dan TM). Namun, kekangan untuknya pada hari ini adalah bukan semua pengguna menggunakan aplikasi yang sama, malah ramai yang masih menggunakan telefon biasa tanpa akses internet sepanjang masa.

Komen