Windows 8.1 (Update 1) Bakal Membolehkan Aplikasi Metro Di Pin Pada Taskbar

Windows 8.1 (Update 1) Bakal Membolehkan Aplikasi Metro Di Pin Pada Taskbar

Diterbitkan pada Jan 22, 2014 oleh .

Dengan permulaan tahun 2014, semestinya ramai yang menantikan kemaskini yang akan dibawakan oleh sistem operasi yang digunakan masing-masing. Microsoft pada tahun ini, selain untuk Windows Phone, turut dilihat sedang dalam persiapan membangunkan kemaskini untuk Windows 8.1.

Windows 8.1 Update 1

Mengikut gambar yang tertiris, ia kelihatan Microsoft bakal mengintegrasikan sokongan pin aplikasi Modern pada taskbar di bahagian desktop.

Mungkin ini merupakan salah satu langkah awal pihak Microsoft, sebelum menyertakan sokongan menjalankan aplikasi Modern pada bahagian desktop – salah satu fungsi yang dikatakan akan hadir pada Windows 9.

Mengikut desas-desus awal, kemaskini Windows 8.1 Update 1 ini dijangka akan hadir pada bulan April kelak, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN