Google Now Kini Hadir Untuk Versi Pembangunan Chrome OS

Google Now Kini Hadir Untuk Versi Pembangunan Chrome OS

Diterbitkan pada Jan 23, 2014 oleh .

Google Now telah sedia berada pada Android dalam membawakan info terkini padanya dan hari ini, sokongan tersebut diperluaskan melalui versi pembangunan terbaru Chrome OS.

Screenshot-2014-01-22-at-9.08.24-AMMelalui versi pembangunan terkini Chrome OS, fungsi Google Now berada pada bahagian kanan taskbar dan membawakan antara muka ‘cards’ yang sama seperti Google Now pada Android. Ia turut membawakan kemaskini info yang berkaitan dengan cuaca selain didatangkan dengan kebolehan carian suara yang berfungsi seperti Siri pada peranti iOS.

Walau bagaimanapun, Chrome OS versi 34 yang bakal hadir sekitar April kelak dikatakan tidak akan hadir dengan fungsi Google Now. Tarikh bilakah fungsi ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna Chrome OS masih tidak diketahui memandangkan fungsi Google Now untuk Chrome OS masih lagi berada diperingkat percubaan buat masa ini.

Bagi anda yang memiliki Chromebook, anda boleh mendapatkan fungsi Google Now dengan menukar kemaskini ke saluran Chrome OS dev channel dan seterusnya mengemaskini Chrome OS ke versi pembangunan terkini.


TIPS & ULASAN