Cari @ Amanz

Rekaan logo dan cap dagangan sesebuah syarikat penting bagi memastikan produk yang anda pasarkan anda dikenali. Di dalam sebuah kajian yang dilakukan sedekad lalu, logo syarikat makanan segera didapati lebih dikenali oleh kanak-kanak prasekolah dari rupa presiden Amerika Syarikat dan Jesus.

Untuk mereka logo yang cantik bukanlah perkara mudah dan mengambil masa yang lama. Squarespace cuba memudahkan proses rekaan logo dengan melancarkan Squarespace Logo. Laman web ini membolehkan sesiapa sahaja mereka logo menggunakan konsep WYSWYG. Pilih apakah perkataan yang anda mahu gunakan pada logo dan dan pilih  logo yang anda mahukan dari pilihan yang diberikan. Setiap elemen yang anda gunakan boleh ditukar warna dan saiz dengan menggunakan tetikus. Pilihan reka taip juga boleh dilakukan dengan mudah. Usai melakukan rekaan anda boleh melihat visualisasi rupa akhir logo rekaan anda pada kad perniagaan, laman sesawang ataupun cetakan baju.

Khidmat Squarespace Logo boleh digunakan secara percuma tetapi logo yang dihasilkan diletakkan logo Senspace pada bahagian tepi.  Logo ini boleh dibuang dengan membayar USD 10 untuk setiap log. Kepada pengguna Squarespace sedia ada, anda tidak dikenakan bayaran tambahan.

Mungkin tahun ini logo Hari Merdeka ke-57 boleh direka menggunakan laman sesawang ini. Mungkin anda semua boleh mencuba nasib. Kami merasa yakin logo yang anda hasilkan nilai estetikanya tidak akan menyakitkan mata anda seperti logo tahun lalu ataupun logo baru Jakim.

amanzpollos

senspace-logo2

sendspoace-logo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd