Carian
(Ura-Ura) iPhone 6 Akan Hadir Dengan Skrin Bersaiz 4.8-inci?
January 23, 2014 Arib Ismail

Ura-ura dan desas-desus berkenaan dengan iPhone 6 kini kedengaran yang mana melalui laporan yang tertiris baru-baru ini, ia dikatakan iPhone 6 ini kelak akan membawakan skrin yang lebih besar berbanding iPhone 5S.

iPhone 6

Ia dikatakan skrin bersaiz 4.8-inci akan disertakan bersama-sama dengannya, sekaligus membolehkan peranti tersebut bersaing dengan pelbagai peranti lain di pasaran hari ini. Ia turut dikatakan tampil bersama sokongan WiFi 802.11ac, salah satu fungsi yang bakal dibawakan melalui versi iOS akan datang.

Dengan permintaan pengguna yang mahukan iPhone dengan skrin bersaiz lebih besar, perkara ini mungkin terus menjadi nyata dan tidak mustahil jika ia berjaya direalisasikan. Sekiranya perkara ini benar, mungkin kita bakal dapat melihat Apple mengumumkan iPhone 6 pada sekitar bulan September kelak.

Jadi, adakah kita akan melihatnya pada tahun ini? Dan sekiranya ia membawakan skrin bersaiz 4.8-inci, apakah reaksi anda? Adakah anda akan membelinya?

Komen