Sementara ramai yang masih tidak mempunyai akses internet mencapai 10Mbps hari ini, namun ia tidak menghentikan kajian penambah-baikkan untuknya dilakukan. Terkini, Alcatel-Lucent dilihat berjaya menguji internet pada kelajuan 1.4Tbps.
Alcatel-Lucent dilihat menggunakan sebuah kaedah dinamakan “Flexgrid”, dimana melaluinya ia meningkatkan kepadatan penghantaran setiap saluran pada rangkaian internet fiber sedia ada. Perkara ini membolehkan peningkatan penghantaran data sehingga 42.5% melaluinya.
Alcatel-Lucent menguji kelajuan ini menggunakan rangkaian fiber di antara syarikat mereka di Adastral Park ke BT Tower di London – pada jarak 410km.
Seperti biasa, ia masih lagi jauh daripada pengenalan rasmi kepada para pengguna, dan ia boleh dikatakan lebih kepada kajian buat masa ini.
Namun, perkembangan ini memperlihatkan tidak mustahil untuk kelajuan internet terus berkembang berkali-ganda dalam masa tahun-tahun akan datang.