BlackBerry 10.2.1 – Apa Yang Baru?

BlackBerry 10.2.1 – Apa Yang Baru?

Diterbitkan pada Jan 23, 2014 oleh .

Blackberry Malaysia hari ini telah memperlihatkan kemaskini BlackBerry 10.2.1 kepada beberapa media di Malaysia, termasuk kami. Seperti pernah dikongsikan sebelum ini, BlackBerry 10.2.1 dilihat membawakan beberapa fungsi menarik untuk pengguna.

Mengakses Notifikasi Terus Dari Lockscreen

BlackBerry 10.2.1

Sebelum ini, kita sedia melihat sokongan paparan notifikasi pada bahagian lockscreen. Kini melalui BlackBerry 10.2.1, pengguna boleh terus tap pada sesuatu notifikasi berkenaan, dan ia akan serta merta membuka aplikasi yang berkaitan.

Semestinya sekiranya pengguna menetapkan kata laluan, anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan terlebih dahulu sebelum membukanya.

Kata Laluan Bergambar

BlackBerry 10.2.1

Pada BlackBerry 10.2.1, pihak BlackBerry turut menambah sokongan kata laluan bergambar, membolehkan pengguna menetapkan gabungan imej dan angka dalam menetapkan sesuatu kata laluan.

Kemudiannya, ketika ingin mengakses, pengguna akan diperlukan untuk menarik angka ke suatu lokasi yang ditetapkan mereka di gambar, dan mengakses peranti mereka.

Kemaskini Pada Bahagian Emel

Bercakap mengenai BlackBerry, fungsi emel merupakan salah satu perkara yang tidak boleh dilupakan. Pada BlackBerry 10.2.1, mereka membawakan beberapa kemaskini, termasuk kemudahan untuk highlight teks, filter emel yang penting untuk dipaparkan pada BlackBerry Hub, dan juga sokongan untuk compress gambar pada emel dalam mengurangkan saiz fail yang dihantar melalui emel.

Paparan Baru Untuk Panggilan Telefon

BlackBerry 10.2.1

BlackBerry 10.2.1 turut sama dilihat membawakan paparan baru untuk panggilan telefon, menjadikan ia lebih menarik berbanding sebelumnya.

QuickSetting

Blackberry 10.2.1

Pada bahagian akses tetapan pantas, kini pengguna boleh menetapkan apakah yang tetapan yang ingin dipaparkan, dan menyusun ia mengikut pilihan pengguna.

Perubahan Pada Papan Kekunci

BlackBerry 10.2.1

Kini, pada bahagian papan kekunci, ia turut memaparkan menu akses untuk aplikasi, dan tidak lagi menyembunyikannya. Perkara ini memudahkan pengguna sekiranya ingin membuat beberapa perkara lain, termasuk menambah attachment dan sebagainya ketika sedang menaip.

Kebolehan Memasang Aplikasi Android

BlackBerry 10.2.1

Pada BlackBerry 10 sebelum ini, pengguna sedia boleh memasang aplikasi Android, tetapi perlu mengubah ia kepada bentuk BAR terlebih dahulu. Melalui BlackBerry 10.2.1, ia dilihat pengguna tidak lagi perlu mengubahnya, dan boleh memasang terus menggunakan fail APK dengan mudah.

Lain-Lain

BlackBerry 10.2.1

Lain-lain perubahan yang dibawakan termasuklah sokongan radio FM, perubahan bentuk kawalan volume, perubahan paparan bateri ke bentuk peratusan apabila di minimize, dan pelbagai pengoptimasian yang lain.


Buat masa ini, pihak BlackBerry Malaysia tidak berkongsi sebarang tarikh berkenaan bilakah kemaskini ini akan diperkenalkan, selain hanya mengatakan akan hadir dalam masa terdekat.

Mengikut beberapa ura-ura sebelum ini, ia dikatakan akan diperkenalkan kepada pengguna umum seawal minggu hadapan.


TIPS & ULASAN