Kini Anda Boleh Lihat Litar Ujian “Top Gear” Di Google Street View

Kini Anda Boleh Lihat Litar Ujian “Top Gear” Di Google Street View

Diterbitkan pada Jan 23, 2014 oleh .

Top GearBagi para peminat kereta, semestinya rancangan “Top Gear” merupakan salah satu acara yang bukan asing bagi anda. Kini menariknya, litar ujian di Top Gear turut menjadi salah satu lokasi untuk rakaman Google Street View.

Memandangkan bukan semua yang berpeluang untuk berlumba di litar berkenaan, kini anda boleh mencuba alternatifnya dengan melihat litar lumba Top Gear berkenaan terus di pelayar web anda. Seperti biasa, dengan penambahan lokasi baru ini, ia membolehkan pengguna melihat paparan 360-darjah untuk lokasi berkenaan.

Lokasi litar lumba Top Gear ini merupakan penambahan terbaru di Street View, selain beberapa lokasi sebelum ini, termasuk dari menara Burj Khalifa di Dubai, sehinggalah di dalam lautan.

Layari Litar Lumba Top Gear di Street View


TIPS & ULASAN