Cari @ Amanz

AppleTVBermulanya tahun baru, pelbagai desas-desus dan perancangan syarikat kedengaran. Terkini, ia dikatakan Apple bakal memperkenalkan Apple TV generasi baru – set top-box daripada Apple seawal suku pertama 2014 ini.

Ia dikatakan Apple TV baru ini akan menyertakan sistem operasi yang diberikana nafas baru, selain mana membawakan beberapa bentuk kandungan baru – berkemungkinan sokongan AppStore ataupun “Game Store”.

Pada masa yang sama, ia turut dikatakan tarikh pengenalan Apple TV baru ini mungkin juga turut bergantung kepada kerjasama daripada syarikat kandungan – yang mana mungkin boleh membuatkan ia sedikit tertangguh dan sebagainya.

Selain daripada kemaskini perkakasan, pihak Apple juga dikatakan mungkin memperkenalkan kemaskini perisian untuk pengguna sedia ada yang akan menyertakan fungsi lebih kurang sama – berkemungkinan seawal bulan Mac 2014 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd