Cari @ Amanz

Dengan tempoh lebih kurang sebulan lagi sebelum Mobile World Congress, kini dilihat syarikat pengeluar peranti telah mula bersedia. Pihak Nokia menjadi antara terawal, dan telah mula menghantar jemputan media antarabangsa untuk sebuah acara khas pada 24 Februari kelak.

Nokia MWC

Seperti biasa, tiada sebarang petanda diberikan untuk peranti apakah yang akan diumumkan oleh mereka pada acara berkenaan.

Jikalau mengikut pelbagai ura-ura beberapa minggu ini, Nokia dilihat akan memperkenalkan telefon pintar Android dikenali dengan nama kod “Nokia Normandy“.

Namun, tidak mustahil juga sekiranya pihak Nokia memperkenalkan telefon pintar berasaskan Windows Phone ataupun Nokia Asha pada acara berkenaan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diperkenalkan oleh Nokia dalam tempoh lebih kurang sebulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd