MOSTI Bakal Menawarkan Nombor Plat “1MCY” Dengan Integrasi GPS

MOSTI Bakal Menawarkan Nombor Plat “1MCY” Dengan Integrasi GPS

Diterbitkan pada Jan 24, 2014 oleh .

MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) dilihat akan memfokuskan kepada pengkomersialan produk dan inovasi, dan sebagai salah satu langkah untuknya, mereka dilihat akan menawarkan siri nombor plat khas dengan awalan 1MCY.

MOSTI - 1MCY

Menariknya mengenai siri nombor plat khas ini adalah dimana ia akan turut hadir dengan sokongan GPS terbina. Ia tidak dikongsikan bagaimanakah sokongan tersebut akan berfungsi. Mungkin kita akan dapat melihat panel khas disediakan untuk memantau dimanakah kenderaan kita dan sebagainya.

Ia dilaporkan hanya sebanyak 370 plat berkenaan sahaja yang akan ditawarkan. MOSTI dilihat sedang menantikan kebenaran daripada Kabinet sebelum mula menawarkan nombor plat khas tersebut kepada pengguna umum.


TIPS & ULASAN