OneTouch Hero – Phablet Daripada Alcatel Berharga RM1399 Di Malaysia

OneTouch Hero – Phablet Daripada Alcatel Berharga RM1399 Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 24, 2014 oleh .

Seperti dijanjikan pihak Alcatel sebelum ini, hari ini mereka secara rasminya telah pun memperkenalkan phablet OneTouch Hero untuk pasaran Malaysia, dan akan dijual pada harga RM1399.

Alcatel One Touch Hero

OneTouch Hero hadir dengan skrin bersaiz 6-inci, kamera belakang 13-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, ruangan storan 8GB, dan turut dilengkapi sokongan stylus serta sebuah telefon Bluetooth khas. Selain itu, ia turut hadir dengan sebuah penutup LED MagicFlip yang turut memaparkan notifikasi dengan mudah padanya.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar berbentuk phablet ini pada harga RM1399 daripada pengedar rasmi Alcatel di Malaysia.

Alcatel One Touch Hero


TIPS & ULASAN