Apple Mungkin Menawarkan Platform Pembayaran Mudah-Alih Mereka Tersendiri?

Apple Mungkin Menawarkan Platform Pembayaran Mudah-Alih Mereka Tersendiri?

Diterbitkan pada Jan 26, 2014 oleh .

Apple sedia mempunyai data kad kredit atau debit pengguna mereka, dan kini ia dilaporkan Apple mungkin sedang membangunkan platform pembayaran mudah-alih mereka tersendiri yang mungkin bersaing dengan PayPal, Google Wallet dan beberapa yang lain.

Pada hari ini, pegguna sedia boleh melakukan pelbagai pembelian barangan digital melalui iTunes, termasuk filem, buku, muzik, permainan dan juga aplikasi. Namun, sekiranya benar pihak Apple membangunkan dan memperkenalkan platform pembayaran mudah-alih mereka, maka ia akan membawakan pengenalan perkhidmatan pembayaran mereka lebih meluas di web, termasuk digunakan untuk membuat pembelian barangan fizikal.

Pada hari ini, boleh dikatakan kebanyakkan pengguna seluruh dunia selesa menggunakan PayPal. Namun, dengan kaedah pemasaran Apple, mungkin mereka turut boleh menyertai dan menguasai sebahagian daripada pembayaran yang dilakukan melalui peranti mudah-alih.

Apa pun, seperti biasa ia hanya sekadar laporan dan spekulasi awal. Mungkin sekiranya Apple benar-benar ini memasuki arena ini, maka kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN