Streamus Membolehkan Anda Memainkan Lagu Dari YouTube Dengan Mudah Pada Chrome

Streamus Membolehkan Anda Memainkan Lagu Dari YouTube Dengan Mudah Pada Chrome

Diterbitkan pada Jan 26, 2014 oleh .

Pada hari ini, boleh dikatakan terdapat beberapa alternatif seperti Spotify, Deezer dan sebagainya yang membolehkan anda mendengar lagu terus pada komputer anda. Tetapi bagaimana sekiranya anda inginkan sesuatu yang boleh dikawal menggunakan Chrome dengan mudah.

Streamus

Boleh dikatakan ramai yang menghabiskan masa mereka pada pelayar web, dan mungkin turut ingin mendengar lagu dan menguruskannya terus pada tetingkap yang sama.

Untuk memudahkan perkara ini, salah satu extension yang menarik adalah Streamus. Menggunakannya, pengguna boleh membuat carian lagu (berdasarkan video di YouTube), dan seterusnya menambah ia kepada playlist untuk didengar.

Daripada penggunaan kami, Streamus dilihat memaparkan pelbagai senarai lagu dengan pantas, disamping memainkannya juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk mendengarkannya.

Namun, memandangkan ia menarik data dari YouTube, maka tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak Google akan mengawalnya kelak.

Apa pun, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Streamus untuk Chrome hari ini dan mengikuti lagi kegemaran anda terus pada pelayar web Chrome.

Muat-Turun Streamus untuk Chrome

Layari : Streamus.com


TIPS & ULASAN