Samsung Dan Google Mengumumkan Kerjasama Paten Selama 10 Tahun

Samsung Dan Google Mengumumkan Kerjasama Paten Selama 10 Tahun

Diterbitkan pada Jan 27, 2014 oleh .

Dengan perkembangan pesat dunia teknologi, salah satu perkara yang sering menjadi kekangan adalah penggunaan paten. Kini, dalam mengatasinya, Samsung dilihat mengumumkan kerjasama selama 10 tahun untuk perkongsian penggunaan paten dengan pihak Google.

Dengan kerjasama ini, ia dikatakan Samsung dan Google akan mendapat akses kepada portfolio paten satu sama lain, sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal difailkan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini juga sekaligus memberikan idea yang mana mungkin kedua-duanya akan bekerjasama dengan lebih menyeluruh pada teknologi dan produk pada masa akan datang.

Pihak Samsung turut dilihat mengatakan dengan kerjasama sebegini, syarikat dapat memfokuskan kepada inovasi dan mengurangkan litigasi.

Mungkinkah dengan pengumuman ini, kita juga akan dapat melihat syarikat pengeluar lain seperti HTC mengumumkan kerjasama mereka, sekaligus mengurangkan pembaziran masa di mahkamah dan sebagainya?


TIPS & ULASAN