Media Prima Digital Menyertai Arena Penstriman Audio Melalui TonTonMusic

Media Prima Digital Menyertai Arena Penstriman Audio Melalui TonTonMusic

Diterbitkan pada Jan 27, 2014 oleh .

Media Prima Digital sebelum ini sedia menawarkan perkhidmatan video melalui web mereka, TonTon. Hari ini, mereka memperluaskan tawaran dengan menawarkan perkhidmatan audio mereka yng mana dinamakan sebagai TonTon Music.

TonTon Music membolehkan pengguna mendengar lagu dalam bentuk penstriman, dimana pihak TonTon Music menyasarkan untuk mempunyai koleksi lebih 700,000 lagu dari Malaysia dan luar negara menjelang penghujung bulan Mac kelak.

TonTon Music juga bakal menjadi platform Media Prima Digital untuk berkongsi kandungan daripada saluran radio utama Media Prima, iaitu HotFm, FlyFM dan juga OneFM.

Buat masa ini, beberapa lagu terdapat pada perkhidmatan TonTonMusic ini yang membolehkan pengguna mengaksesnya tanpa perlu untuk mendaftar dan sebagainya – yang mana mungkin akan berubah tidak lama lagi.

Layari : TonTon Music


TIPS & ULASAN