LG G Pro 2 Bakal Hadir Pada Bulan Hadapan

LG G Pro 2 Bakal Hadir Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Jan 27, 2014 oleh .

Dengan Mobile World Congress yang bakal diadakan pada penghujung bulan hadapan, ramai pengeluar peranti bersedia dengan telefon dan tablet masing-masing. Kini, selain Nokia, dilihat pihak LG turut mengesahkan mereka akan memperkenalkan sesuatu yang baru pada acara berkenaan.

Daripada apa yang dikongsikan, pihak LG dilihat akan memperkenalkan kemaskini kepada keluarga LG G Pro mereka, yang mana mungkin dikenali dengan nama LG G Pro 2.

Spesifikasi dan maklumat berkenaan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini. Namun, berdasarkan kepada namanya, kita mungkin akan dapat lihat sebuah peranti dengan spesifikasi tinggi daripada pihak LG kelak.


TIPS & ULASAN