Google Dilaporkan Mengambil-Alih Syarikat AI – DeepMind

Google Dilaporkan Mengambil-Alih Syarikat AI – DeepMind

Diterbitkan pada Jan 27, 2014 oleh .

DeepMindGoogle agak aktif mengambil-alih syarikat teknologi sejak kebelakangan ini, dan terkini ia dilaporkan syarikat gergasi ini telah mengambil salah satu syarikat memfokuskan teknologi kepintaran buatan – DeepMind pada harga lebih kurang $400 juta (~RM1338 juta).

DeepMind merupakan salah satu syarikat yang mengabungkan penggunaan teknik pembelajaran mesin dan juga sistem neurosains untuk membangunkan algoritma pembelajaran.

Ia dikatakan pengambil-alihan syarikat ini adalah bertujuan untuk projek robot oleh Google yang sedang dibangunkan dan diketuai oleh Andy Rubin.

Google masih tidak menamakan lagi projek baru mereka buat masa ini. Namun, sejak daripada tahun lepas, mereka telah mengambil-alih beberapa syarikat robotik, dan pengambil-alihan syarikat AI ini dikatakan akan melengkapkannya.


TIPS & ULASAN