Perkhidmatan Permesejan KakaoTalk Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasminya

Perkhidmatan Permesejan KakaoTalk Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasminya

Diterbitkan pada Jan 27, 2014 oleh .

Walaupun telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun lepas, namun, pihak KakaoTalk dilihat telah pun memperkenalkan perkhidmatan mereka di Malaysia secara rasminya pada penghujung minggu lepas.

KakaoTalk merupakan salah satu perkhidmatan permesejan, membolehkan pengguna yang menggunakan peranti iOS, Android, BlackBerry, Windows Phone, Bada, malah menggunakan komputer mereka untuk berinteraksi bersama-sama rakan lain melaluinya.

Ia dilihat masa yang agak lama diambil antara pengumuman mereka sejak bulan Jun yang lepas kerana ingin mengukuhkan kedudukan disamping membina pasukan mereka di Malaysia.

Tiada angka rasmi pengguna KakaoTalk yang dikongsikan, tetapi ia dianggarkan sekitar 3 juta pengguna menggunakannya di Malaysia.

Penyertaan KakaoTalk ini turut menjadikan ia turut menjadi salah satu aplikasi permesejan yang dilancarkan secara rasmi di Malaysia, selain daripada LINE, dan WeChat yang diperkenalkan pada tahun lepas.


TIPS & ULASAN